Pemindahan atau penggantian nama Wikipedia:Penggabungan_dan_pemindahan

Tujuan pemindahan

Di Wikipedia, pengguna boleh mengubah nama suatu rencana. Ini namanya "pemindahan" kerana kesannya sama sahaja dengan pengubahan nama. Pemindahan secara automatik akan menghasilkan pautan ke laman baru dari laman lama. Jika dipindahkan dari nama artikel yang disalah eja, anda harus menghubungi pentadbir untuk menghapuskan laman salah ejaan yang tertinggal, tapi hal ini tidaklah penting sangat.

Tujuan yang paling lazim adalah apabila nama sebuah halaman kekurangan tanda aksen khas atau tersalah diberi huruf besarnya. Perbaikilah kesalahan-kesalahan tersebut.

Kadang-kadang, anda mungkin berasa nama sebuah halaman tidak tepat atas sebab-sebab tertentu. Misalnya, "Napoleon" lebih tepat disebut sebagai "Napoleon I dari Perancis". Dalam hal ini, lebih baik untuk melencongkannya.

Cara mengganti nama

  1. Pergi ke halaman yang anda ingin menukar namanya.
  2. Pada bahagian atas layar, klik tab "pindah" untuk memasuki halaman pemindahan.
  3. Dalam ruangan "Kepada halaman baru", taipkan nama baru yang diingini.
  4. Klik Pindah laman.
  5. Maka terbentuknya pautan lencongan dari halaman lama ke halaman baru. Versi halaman terdahulu disimpan di halaman baru tersebut.

Jika pemindahan gagal

Disarankan supaya tidak memindahkan atau menggantikan nama suatu halaman dengan menyalin dan menampalkan isinya. Jika anda tidak dapat menukar nama suatu halaman atas apa jua sebab, atau jika anda mempertikaikan suatu tindakan menukar nama halaman, bincangkan dahulu di Kedai kopi.

Alasan utama kegagalan ialah adanya suatu rencana empunya nama rencana yang anda ingini. Hal ini mungkin terjadi terutamanya jika rencana asal pernah dipindahkan daripada nama sasaran itu pada suatu ketika dahulu. Anda boleh berbincang dengan penyelia untuk menyelesaikan masalah ini.